Tuesday, January 27, 2015

Ceramah Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Sekolah 1436H

Tarikh : 16 Januari 2015
Hari    : Jumaat
Masa  : 8.00 Pagi
Tempat : Dataran Ilmu SMK Rahmat
Tema : Perpaduan Nadi Transformasi Negara
Penceramah Jemputan : Tuan Haji Hisamudin Saleh
                                       Pensyarah Pengajian Islam
                                       Kolej Matrikulasi Londang, Masjid Tanah



BARISAN PENTADBIR 2015

  
Barisan Pentadbir 2015
Dari kanan;  Pn. Mazlina Mohamed (Penolong Kanan HEM), Hj. Hamdan Hashim (Pengetua),
En. Azmi Kassim ( Penolong Kanan Pentadbiran ) dan Hj.. Hasan Samad ( Penolong Kanan Ko-Kurikulum )

Thursday, January 15, 2015

BANTUAN AWAL PESEKOLAHAN

Suasana di SMK Rahmat hari ini...








SEMAKAN KEMASUKAN KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK AMBILAN 2015

15 Januari 2015

As-Salam dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa SEMAKAN KEMASUKAN KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL  DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK AMBILAN 2015, KPM TAHUN 2015 akan dibuka mulai 20 - 25 Januari 2015. Sila layari laman web KPM di www.moe.gov.my untuk keterangan lanjut.
Sekian, terima kasih.

Sumber : http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=4590

Thursday, January 1, 2015

Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

18 March 2014
KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN
MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin terhadap isu pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dibangkitkan oleh guru-guru.

PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (PP).

Selain itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai berasaskan peperiksaan semata-mata. Jemaah Menteri pada Disember 17, 2010 telah bersetuju supaya PBS dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan. Pengoperasian PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah  pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah menengah  pada sesi persekolahan tahun 2012.  

Walaubagaimanapun, pada 11 Februari tahun ini, KPM telah membuat keputusan untuk menangguhkan PBS dan mengkaji semula pelaksanaannya. Ini adalah kerana guru-guru  menyatakan bahawa mereka  dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat yang menjadi bebanan kepada mereka, manakala ibubapa pula tidak pasti bagaimana murid dinilai terutama pelajar tingkatan 3 tahun ini yang merupakan kohort pertama melalui PBS.

Penangguhan ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang ditimbulkan ekoran daripada rungutan guru-guru dan ibu-bapa dan mengambil langkah-langkah yang perlu dan segera dalam penambahbaikan PBS.

Ekoran dari kajian semula PBS, KPM telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan beberapa siri perbincangan dan pertemuan dengan kesatuan-kesatuan guru serta beberapa kelompok guru-guru  untuk mendapatkan maklum balas dan membantu dalam memberi input kepada penambahbaikan PBS.

Isu-isu pelaksanaan PBS
Berdasarkan kajian KPM dan input daripada guru-guru dan kesatuan-kesatuan guru, didapati terdapat tiga isu utama  berkaitan perlaksanaan pentaksiran sekolah.

Pertama, ialah penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang menyebabkan guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang banyak.
Bagi menangani isu ini, KPM telah menetapkan DSP dipermudahkan menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid.
Guru mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Guru seterusnya mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan penilaian mereka sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid tersebut.
Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan kaedah mereka sendiri. Perekodan ini menggambarkan perkembangan pembelajaran murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada ibu bapa. Dengan yang demikian, guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data dan evidens hasil kerja murid melalui pernyataan evidens yang terlalu kompleks.
Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak mereka, pihak sekolah boleh menyediakan pelaporan pencapaian dengan mengadakan ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun sekolah.

Isu kedua ialah pengurusan fail yang rencam meliputi Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Rekod Transit.
Bagi menangani masalah ini, guru tidak perlu lagi menyediakan FPM dan melengkapkan Rekod Transit. Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru.

Ketiga, perekodan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) secara atas talian (online) yang sukar diakses dan memakan masa yang lama.

Oleh kerana bilangan pernyataan deskriptor dan evidens telah dikurangkan, secara otomatik guru-guru tidak akan dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat.

Bagi memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran, guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online seperti sebelum ini. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline.

Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah.

PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Manakala mata pelajaran ScienceMathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study).

Melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang setara (standardised) yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP). LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan.

Moderasi ialah suatu proses menyelaras markah yang diberi oleh beberapa orang pemeriksa ke atas hasil kerja murid bagi mendapatkan satu markah yang dipersetujui bersama. Persetujuan ini adalah berdasarkan peraturan pemarkahan yang disediakan dan merupakan prosedur untuk memastikan ketekalan (konsistensi) pemberian markah antara pemeriksa. Verifikasi pula ialah proses menentusahkan markah yang diperoleh murid adalah markah yang selayaknya diterima.

PT3 ini juga akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka.

Untuk memastikan PBS yand telah di tambahbaik ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan seperti yang dihasratkan, KPM akan mengadakan taklimat secara terperinci tentang konsep dan pelaksanaannya kepada pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbir dan guru-guru.
Latihan adalah satu aspek utama dalam memastikan guru dapat melaksanakan pentaksiran. Oleh itu, KPM akan berusaha mengadakan latihan supaya guru memahami konsep pentaksiran dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.  Selain daripada itu, KPM juga akan mengadakan latihan bagi meningkatkan kemahiran guru memeriksa jawapan murid.


http://sps.jpnns.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=233&Itemid=380 



Takwim Persekolahan 2015...Bermula 12 Januari 2015 (Bagi sekolah-sekolah Kumpulan B)

Bahagian pengurusan sekolah harian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerbitkan perincian takwim persekolahan bagi tahun 2015. Pastinya guru dan ibubapa memerlukan takwim sekolah 2015 bagi merancang aktiviti untuk pelajar dan anak-anak di musim persekolahan mahupun percutian. Sepanjang tempoh cuti penggal persekolahan macam-macam aktiviti dilakukan bersama seisi keluarga dan paling seronok anak dapat merehatkan diri secukupnya selain kemungkinan melawat destinasi tertentu di dalam atau luar negara

Manfaatkan Cuti Sekolah
Bagi Ibubapa yang masih terfikir-fikir aktiviti apa yang memanfaat untuk anak-anak di musim cuti sekolah tahun 2015, bawalah anak anda ke pusat penyelidikan atau konservasi berkaitan alam sekitar atau pertanian. Sebenarnya aktiviti ini menarik disamping anak-anak dapat membuat penyelidikan terhadap tumbuh-tumbuhan, haiwan, hutan mahupun apa saja subjek diminati dan kumpul data sambil buat catatan untuk simpanan peribadi

Dengan pendedahan tersebut secara tidak langsung ibubapa mendidik anak-anak menimba ilmu memulihara alam sekitar dan aktif dalam pelbagai kegiatan membabitkan ekologi flora dan fauna

CUTI SEKOLAH 2015 KALENDAR TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Berikut adalah perincian takwim persekolahan sesi 2015 di seluruh negeri. Menurut lampiran yang dikeluarkan, perincian ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu

cuti sekolah 2015



Terengganu
Cuti Pertengahan Penggal 113 Mac hingga 21 Mac
Cuti Pertengahan Tahun29 Mei hingga 13 Jun
Cuti Pertengahan Penggal 218 September hingga 26 September
Cuti Akhir tahun20 November hingga 2 Januari 2016
 Jumlah Hari Cuti Penggal : 85

cuti sekolah malaysia 2015

Putrajaya
Cuti Pertengahan Penggal 114 Mac hingga 22 Mac
Cuti Pertengahan Tahun30 Mei hingga 14 Jun
Cuti Pertengahan Penggal 219 September hingga 27 September
Cuti Akhir tahun21 November hingga 3 Januari 2016
Jumlah Hari Cuti Penggal : 85

dikemaskini logo
29.12.2014terkini
Sila Rujuk : Penangguhan Tarikh Bermula Sesi Persekolahan 2015 Seluruh Negeri Akibat Banjir

Lampiran perincian takwim persekolahan yang terkini akan disertakan kemudian setelah pihak pengurusan sekolah harian KPM menerbitkan yang baharu
Pautan sumber : http://www.mysumber.com/cuti-sekolah-2015-kalendar-takwim-penggal-persekolahan.html

Semakan Status Permohonan Kemasukan Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional

Check Online KV SMT 2015
Pelajar lepasan Pentaksiran Sekolah Tingkatan 3 (PT3) tahun 2014 yang telah membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik (SMT) atau Kolej Vokasional (KV) bagi sesi pengambilan tahun 2015 boleh membuat semakan status permohonan anda secara atas talian (online)
Tarikh Semakan Tawaran Kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Tahun 2015 itu dijangka diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui portal rasmi pada minggu kedua Januari 2015
Calon disarankan sentiasa melayari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di capaian url http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat terkini
Dalam pada itu, penulis akan memaklumkan info selanjutnya mengenai tarikh pengumuman semakan status permohonan dan juga pautan (link) untuk semakan setelah perkara ini diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
Sila ikuti kemaskini melalui ruangan dibawah
Semakan Tawaran KV dan SMTPerkara Dan Pautan
Sistem Semakan Keputusan DiaktifkanDijangka pada minggu kedua Januari 2015
Laman Web Sistem SemakanAkan Dimaklumkan
Portal Rasmi KPMhttp://www.moe.gov.my

Rayuan Sekolah Menengah Teknik (SMT) atau Kolej Vokasional (KV) 2015
Kepada pemohon yang gagal dalam mendapat tawaran boleh mengemukakan permohonan rayuan

Kemasukan Murid Ke Program Kolej Vokasional & Sekoolah Menengah Teknik Ambilan 2015

kv smt online 2015
Pelajar lepasan Pentaksiran Sekolah Tingkatan 3 (PT3) tahun 2014 mungkin buntu tercari-cari info bagaimana untuk membuat permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi tahun 2015
Malah ada yang menganggap bahawa permohonan tersebut sudah ditutup apabila mereka merujuk kepada tarikh permohonan bagi tahun sebelumnya yang dibuka pada minggu ketiga September tahun lalu
PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL [KV] DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK [SMT]
Daripada sumber yang diperolehi oleh penulis, memaklumkan bahawa permohonan pengambilan pelajar sesi 2015 bagi Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik belum lagi dibuka
Kemungkinan akan ada yang bertanya, kenapa permohonan untuk tahun 2015 lewat dibuka berbanding tahun-tahun sebelumnya
Pada pandangan penulis mungkin Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional sedang berusaha membuat penyelarasan yang lebih baik bagi urusan kemasukan untuk sesi 2015
Pihak Mana Yang Akan Mengumumkan Tarikh Permohonan Dibuka
Sebagai makluman, pemberitahuan mengenai perkara ini akan dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi portal rasminya dan juga di portal rasmi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Sehubungan itu, bagi pelajar yang terlibat senantiasa melayari kedua-dua portal berkenaan untuk mendapatkan sebarang maklumat terkini yang berkaitan

Kemaskini Permohonan Online KV dan SMT Tahun 2015
Disamping itu, anda boleh juga mengikuti ringkasan maklumat yang akan dikemaskini oleh penulis menerusi ruangan disediakan seperti berikut
Tarikh Dan Cara Permohonan KV dan SMTPerkara Dan Pautan
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online)Hanya boleh dilakukan apabila permohonan dibuka
Permohonan Dibuka3 November 2014
Permohonan Ditutupterkini26 Disember 2014, (11.59 malam)
Portal Rasmi KPMhttp://www.moe.gov.my
Laman Aplikasi Untuk Mengisi Borang Permohonan Secara Onlinehttp://apps5.moe.gov.my/sptv/kvsmt_2015
Syarat Kelayakan Dan Info Kemasukan
Bagi mendapatkan info tentang syarat kelayakan dan panduan kemasukan dan perkara berkaitan seperti:-
  1. Institusi & Kursus Tawar
  2. Syarat Permohonan
  3. Carta Alir Pemohonan
  4. Info Kursus
  5. Panduan Permohonan
Maklumat lima tajuk penting diatas boleh didapati menerusi ‘tab menu’ yang terdapat pada paparan muka hadapan di laman sistem permohonan online
Nota Penulis
  • Pemohon dinasihatkan membaca, info kursus, syarat dan panduan permohonan dengan teliti supaya tidak melakukan kesilapan semasa melengkapkan maklumat permohonan
  • Untuk mengakses permohonan online pemohon perlu masukkan No Mykad dan Angka giliran di ruangan ‘LOG MASUK’
  • Jika terdapat sebarang kekeliruan untuk mengisi maklumat Pentaksiran Sekolah Tingkatan 3, pemohon boleh mendapatkan bantuan guru di sekolah
  • Jika pemohon sukar untuk mengakses laman sistem permohonan online, harap bersabar kerana ‘server’ laman terbabit mungkin mengalami gangguan berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna internet (pemohon) keatas laman itu adalah terlalu tinggi pada masa yang sama
  • Sila cuba melayari laman sistem permohonan online dari masa ke semasa sehingga dapat melayari laman tersebut
  • Sila pastikan komputer anda dilengkapi perisian Adobe Reader bagi membolehkan setiap lampiran yang terdapat pada menu INFO KEMASUKAN dapat dipaparkan
  • Jangan lupa untuk klik tab ‘Simpan & Hantar’ setelah memastikan semua maklumat dilengkapkan
  • Sila cetak permohonan sebagai simpanan pemohon
  • Untuk makluman, kemaskini permohonan dapat dilakukan sehingga tarikh tutup permohonan

Senarai Takwim dan Tarikh-Tarikh Penting dalam Bulan Islam bagi tahun 2015 bersamaan 1436/1437 Hijrah

kalender islam tahun 2015
Berikut adalah lampiran senarai takwim dan tarikh-tarikh penting dalam bulan Islam untuk tahun 2015 bersamaan 1436 / 1437 Hijrah bagi Malaysia yang dikeluarkan oleh sumber JawatanKuasa Teknikal Kalendar Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Tarikh Hijri (1436)Tarikh Miladi (2015)Hari Perayaan/ Kebesaran Islam
12 Rabiulawal3 JanuariMaulidur Rasul
27 Rejab16 MeiIsrak dan Mikraj
* 1 Ramadhan18 JunAwal Ramadhan/ Berpuasa
17 Ramadhan4 JulaiNuzul Al-Quran
* 1 Syawal17 JulaiHari Raya Puasa/ AidilFitri
1 Zulhijjah15 SeptemberAwal Zulhijjah
* 10 Zulhijjah24 SeptemberHari Raya Korban / Aidiladha
1 Muharam 143714 OktoberAwal Muharam/ Maal Hijrah
12 Rabiuawal 143724 DisemberMaulidur Rasul
Catatan: Bagi tarikh yang bertanda * adalah tertakluk kepada pengisytiharan rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Untuk memuat turun takwim dan senarai tarikh penting dalam bulan Islam tahun 2015, sila klik pada pautan (link) dibawah
TAKWIM
http://www.islam.gov.my/sites/default/files/bahagian/penyelidikan/takwim_2015.pdf
SENARAI TARIKH PENTING DALAM BULAN ISLAM
http://www.islam.gov.my/sites/default/files/bahagian/penyelidikan/tarikh-tarikh_penting_dalam_islam_2015.pdf