Saturday, March 12, 2011

PENDAFTARAN PELAJAR 2012

Majlis ini telah diadakan pada 3 Disember 2011. Bertempat di Kantin sekolah. Kehadiran ibu bapa bersama anak-anak seawal pukul 8 pagi telah memenuhi ruangan kantin.
Majlis bermula dengan bacaan doa oleh Utz Sollahudin bin Abd Rahman. Seterusnya ucapan oleh Pn Mazlina binti Mohamed GPK Koku. Beliau telah menerangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti persatuan, rumah sukan dan ko akademik serta kepentingan ko kurikulum dalam sistem pendidikan sekolah.. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Pn Rohaya Rahman GPK Hem. Beliau telah nenerangkan beberapa perkara tentang peraturan sekolah. Maklumat Kurikulum pula telah disampaikan oleh En Azmi bin Kasim selaku GPK 1. Beliau telah memberitahu kepada hadirin berkaitan dengan perjalanan pengajaran dan pembelajaran sepanjang tahun 2012.

Majlis disambung lagi dengan ucapan daripada pengetua sekolah. Tn Hj Zulkapli bin Othman telah memberitahu kepada semua ibu bapa tentang hala tuju Smk Rahmat pada tahun 2012. Beliau juga berharap agar ibu bapa memberikan kepercayaan kepada pihak sekolah dalam mendidik anak-anak mereka.

Seterusnya ucapan daripada wakil pibg En Atan bin Mohamad (NYDP). Beliau mewakili YDP yang tidak dapat hadir pada majlis tersebut. Majlis diteruskan dengan majlis penyerahan pelajar oleh ibubapa kepada pihak sekolah yang diwakili oleh En Ismail bin Jantan (Ajk PIBG)