Sunday, July 22, 2018

KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (KSIB) DAN SARANA

KSIB / eSARANA DEFINISI:Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KISB) ialah saluran kerjasama dan komunikasi untuk merapatkan hubungan antara ibu, bapa, murid dan sekolah. Melalui KISB lebih banyak interaksi, perkongsian dan percambahan ilmu dapat berlaku demi mewujudkan hubungan yang bermakna antara anda dan anak anda. DEFINISI SARANA: Segala sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu. DEFINISI IBUBAPA: Sesiapa sahaja yang bertanggungjawab terhadap kebajikan anak dan terlibat pula secara aktif dengan pendidikannya. DEFINISI SARANA IBUBAPA: Sesuatu alat untuk digunakan oleh ibubapa bagi membangunkan, memantap dan memperkasa penglibatan ibubapa dalam pembelajaran anak-anak. DEFINISI SARANA SEKOLAH: Alat yang digunakan oleh sekolah untuk meningkatkan kerjasama antara sekolah, ibubapa dan komuniti bagi tujuan menggalakkan penglibatan ibubapa dan komuniti secara aktif dalam pembelajaran murid. Sumber : https://pibgsttjseremban.weebly.com/1-ksib-dan-esarana.html