Bahagian pengurusan sekolah harian Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) telah menerbitkan perincian takwim persekolahan bagi tahun 2015. Pastinya guru dan ibubapa memerlukan takwim sekolah 2015 bagi
merancang aktiviti untuk pelajar dan anak-anak di musim persekolahan
mahupun percutian. Sepanjang tempoh cuti penggal persekolahan
macam-macam aktiviti dilakukan bersama seisi keluarga dan paling seronok
anak dapat merehatkan diri secukupnya selain kemungkinan melawat
destinasi tertentu di dalam atau luar negara
Manfaatkan Cuti Sekolah
Bagi
Ibubapa yang masih terfikir-fikir aktiviti apa yang memanfaat untuk
anak-anak di musim cuti sekolah tahun 2015, bawalah anak
anda ke pusat penyelidikan atau konservasi berkaitan alam sekitar atau
pertanian. Sebenarnya aktiviti ini menarik disamping anak-anak
dapat membuat penyelidikan terhadap tumbuh-tumbuhan, haiwan, hutan
mahupun apa saja subjek diminati dan kumpul data sambil buat catatan
untuk simpanan peribadi
Dengan pendedahan tersebut secara tidak
langsung ibubapa mendidik anak-anak menimba ilmu memulihara alam sekitar
dan aktif dalam pelbagai kegiatan membabitkan ekologi flora dan fauna
Berikut adalah perincian takwim persekolahan sesi 2015 di seluruh negeri. Menurut lampiran yang dikeluarkan, perincian ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu
Terengganu | |
Cuti Pertengahan Penggal 1 | 13 Mac hingga 21 Mac |
Cuti Pertengahan Tahun | 29 Mei hingga 13 Jun |
Cuti Pertengahan Penggal 2 | 18 September hingga 26 September |
Cuti Akhir tahun | 20 November hingga 2 Januari 2016 |
Jumlah Hari Cuti Penggal : 85 |
No comments:
Post a Comment