Saturday, October 26, 2013

MAJLIS ANUGERAH KUALITI 2013

Majlis telah berlangsung pagi tadi. Walaupun dalam keadaan sederhana namun bermakna dengan selitan cerita dan kata-kata perangsang daripada Datuk Dr. Hj. Ihsan Bin Osman dan Tuan Pengetua, En. Abu Bakar Awang B.K.T. Tahniah kepada kedua-duanya yang menerima anugerah sempena Keputeraan TYT Melaka. Tahniah juga kepada Encik Atan Mohamad, NYDP PIBG yang turut dikurniakan anugerah pada majlis yang sama.

Matlamat majlis adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada warga sekolah atas segala jasa dan kecemerlangan mereka sepanjang tahun 2013.

Tema kali ini adalah "Kreativiti, Inovasi dan Integriti Tunjang Perkhidmatan Berkualiti".

Tahniah kepada En. Atan Mohamad, Pn. Hasnida Othman dan En. Abdul Rahman Yusop yang menerima Anugerah PIBG.







# Respek dengan sikap menepati masa yang ditunjukkan oleh Datuk Dr. Ihsan


Saturday, October 19, 2013

MAKLUMAN TARIKH - TARIKH PENTING

Yang dihormati,
Tuan / Puan,
Dengan hormatnya perkara-perkara berikut disampaikan untuk makluman dan tindakan tuan/puan.
1) Cuti Hari Raya Aidil Adha pada ketetapan berikut :-

     Tarikh : 14 dan 15 Oktober 2013 ( Isnin dan Selasa )
                 16 Oktober 2013 ( Rabu ) persekolahan seperti biasa.

2) Peperiksaan Berasaskan Sekolah (PBS) Tingkatan 1, 2 dan 4

     Tarikh : 21 Oktober hingga 25 Oktober 2013 ( Isnin hingga Jumaat )

3) Peperiksaan SPM
     Tarikh :

4) Cuti Sempena Hari Deepavali Dan Awal Muharam

Tarikh : 01 November 2013 ( Jumaat ) hingga 05 November 2013 ( Selasa )
            06 November 2013 ( Rabu ) persekolahan seperti biasa.


5) Pemulangan dan Agihan Buku SPBT
TARIKH
 ( PAGI )
TINGKATAN CATATAN














6) Cuti Akhir Tahun 2013

     Mulai 16 November 2013 hingga 01 Januari 2014.


    Sekian, terima kasih.

# Rujukan : http://sklakj.blogspot.com/
# Tertakluk kepada perubahan

Sunday, October 13, 2013

Permohonan Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik 2014

Kepada calon-calon PMR dan para ibubapa yang ingin anak/jagaan melanjutkan pelajaran dalam bidang vokasional, permohonan secara online telah dibuka.

Maklumat lanjut dan cara memohon boleh dirujuk di sini:

http://eputra.com/permohonan-kolej-vokasional-sekolah-menengah-teknik-2014/

http://www.melvister.com/2013/09/permohonan-sekolah-menengah-teknik-dan-kolej-vokasional-2014.html

Mudah-mudahan hasrat anda dimakbulkan.

Sunday, October 6, 2013

Majlis Solat Hajat Sempena PMR
Tarikh  : 27 September 2013
Tempat : Surau SMK Rahmat

* Moga segala usaha para guru dan anak-anak murid sekelian diberkati Allah dan peroleh kejayaan yang lebih cemerlang bagi tahun 2013 ni. Amiiinn..

* Terima kasih kepada para ibu bapa / penjaga dan guru-guru yang memberi sokongan, sudi hadir dan sama-sama menunaikan solat hajat dan mengikuti bacaan Yasin  











Saturday, October 5, 2013

JERAYAWARA PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM) 2013-2025

Majlis telah disempurnakan oleh Yang berhormat Dato' Seri Idris Bin Jusoh bertempat di Dewan Wawasan Politeknik Port Dickson pada 11 Oktober 2013 di bawah usahasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan Negeri Melaka.

Program ini telah dihadiri oleh dua orang wakil PIBG SMK Rahmat iaitu Setiausahanya, Cik Siti Hawa Binti Bahari dan Bendahari, Cik Nuramirah Binti Ahmad.

Menerusi program ini, telah diterangkan tentang 5 Aspirasi Sistem, 6 Aspirasi Murid dan 11 Anjakan.



BAHASA JIWA BANGSA...

BICARAWARA, JERAYAWARA

Dalam persada bahasa Melayu, terdapat perkataan wara atau bentuk ejaan wara di bahagian akhir sesuatu suku perkataan.  Mungkin ada dalam kalangan kita yang pernah menemukan perkataan seperti bicarawara, candawara, jerayawara dan seumpamanya.  Tahukan anda apakah maksud perkataan-perkataan tersebut?

1. Wara
Perkataan wara (wara-wara) berasal daripada bahasa Jawa yang bermaksud pemberitahuan, pengumuman dan pengisytiharan.  Pewara ialah pembawa acara dalam sesuatu majlis, atau lebih tepat kita katakan pengacara atau juruacara.

2.  Bicarawara
Perkataan ini merupakan terjemahan daripada perkataan bahasa Inggeris talkshow.  Bicarawara bermakna suatu rancangan yang mengandungi temu bual antara pewara dengan tetamu undangan berkaitan dengan sesuatu tajuk tertentu.  Dengan maksud yang lain, bicarawara ialah rancangan temu bual.  Perbuatan temu bual itu disebut wawancara.
3.  Candawara
Dalam bahasa Inggeris, candawara ialah gameshow.  Kita sering menonton satu rancangan berbentuk permainan, atau berbentuk pertandingan.  Para peserta yang mengambil bahagian dikehendaki menjawab soalan ataupun membuat sesuatu untuk menang.

4.  Jerayawara
Jerayawara bermaksud sesuatu ceramah, pameran, pertunjukan, persembahan yang diadakan dari satu tempat ke satu tempat lain, dengan tujuan memberikan penjelasan, memberikan hiburan, mempromosikan barangan dan sebagainya kepada khalayak.  Ceramah politik merupakan satu bentuk jerayawara.  Kebanyakan orang menggunakan kata roadshow, kerana itulah makna jerayawara dalam bahasa Inggeris.

5.  Purbawara 
Drama sebabak yang mengisahkan cerita kuno, yakni kisah raja-raja zaman dahulu, seperti kisah Dandan Setia, Raja Laksmana Bentan dan lain-lain.  Kebiasaannya, persembahan lakonan ini disertai nyanyian dan tarian.  Bentuk lakonan seperti ini dinamai juga bangsawan.

6.  Sandiwara
Sandiwara berkaitan dengan lakonan juga.  Kata lain yang sinonim dengannya ialah drama, teater dan tonil, yang dahulunya dilakonkan di atas pentas.  Selain makna ini, sandiwara juga bermaksud sesuatu kejadian yang tidak bersungguh-sungguh dengan tujuan mengabui mata sahaja.  Maksud ini terkandung dalam ayat : 
Di depan ibunya dia pandai bersandiwara seolah-olah pergi belajar, pada hal sebenarnya dia pergi menonton filem.

Demikian perihal makna beberapa perkataan yang mempunyai bentuk wara.  Semoga kita semua jelas akan maksud perkataan-perkataan tersebut.

Sumber : Cintai Bahasa Kita, Dewan Siswa Nov. 2009

.../kpBM