Saturday, October 26, 2013

MAJLIS ANUGERAH KUALITI 2013

Majlis telah berlangsung pagi tadi. Walaupun dalam keadaan sederhana namun bermakna dengan selitan cerita dan kata-kata perangsang daripada Datuk Dr. Hj. Ihsan Bin Osman dan Tuan Pengetua, En. Abu Bakar Awang B.K.T. Tahniah kepada kedua-duanya yang menerima anugerah sempena Keputeraan TYT Melaka. Tahniah juga kepada Encik Atan Mohamad, NYDP PIBG yang turut dikurniakan anugerah pada majlis yang sama.

Matlamat majlis adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada warga sekolah atas segala jasa dan kecemerlangan mereka sepanjang tahun 2013.

Tema kali ini adalah "Kreativiti, Inovasi dan Integriti Tunjang Perkhidmatan Berkualiti".

Tahniah kepada En. Atan Mohamad, Pn. Hasnida Othman dan En. Abdul Rahman Yusop yang menerima Anugerah PIBG.







# Respek dengan sikap menepati masa yang ditunjukkan oleh Datuk Dr. Ihsan


Saturday, October 19, 2013

MAKLUMAN TARIKH - TARIKH PENTING

Yang dihormati,
Tuan / Puan,
Dengan hormatnya perkara-perkara berikut disampaikan untuk makluman dan tindakan tuan/puan.
1) Cuti Hari Raya Aidil Adha pada ketetapan berikut :-

     Tarikh : 14 dan 15 Oktober 2013 ( Isnin dan Selasa )
                 16 Oktober 2013 ( Rabu ) persekolahan seperti biasa.

2) Peperiksaan Berasaskan Sekolah (PBS) Tingkatan 1, 2 dan 4

     Tarikh : 21 Oktober hingga 25 Oktober 2013 ( Isnin hingga Jumaat )

3) Peperiksaan SPM
     Tarikh :

4) Cuti Sempena Hari Deepavali Dan Awal Muharam

Tarikh : 01 November 2013 ( Jumaat ) hingga 05 November 2013 ( Selasa )
            06 November 2013 ( Rabu ) persekolahan seperti biasa.


5) Pemulangan dan Agihan Buku SPBT
TARIKH
 ( PAGI )
TINGKATAN CATATAN














6) Cuti Akhir Tahun 2013

     Mulai 16 November 2013 hingga 01 Januari 2014.


    Sekian, terima kasih.

# Rujukan : http://sklakj.blogspot.com/
# Tertakluk kepada perubahan

Sunday, October 13, 2013

Permohonan Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik 2014

Kepada calon-calon PMR dan para ibubapa yang ingin anak/jagaan melanjutkan pelajaran dalam bidang vokasional, permohonan secara online telah dibuka.

Maklumat lanjut dan cara memohon boleh dirujuk di sini:

http://eputra.com/permohonan-kolej-vokasional-sekolah-menengah-teknik-2014/

http://www.melvister.com/2013/09/permohonan-sekolah-menengah-teknik-dan-kolej-vokasional-2014.html

Mudah-mudahan hasrat anda dimakbulkan.

Sunday, October 6, 2013

Majlis Solat Hajat Sempena PMR
Tarikh  : 27 September 2013
Tempat : Surau SMK Rahmat

* Moga segala usaha para guru dan anak-anak murid sekelian diberkati Allah dan peroleh kejayaan yang lebih cemerlang bagi tahun 2013 ni. Amiiinn..

* Terima kasih kepada para ibu bapa / penjaga dan guru-guru yang memberi sokongan, sudi hadir dan sama-sama menunaikan solat hajat dan mengikuti bacaan Yasin  











Saturday, October 5, 2013

JERAYAWARA PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM) 2013-2025

Majlis telah disempurnakan oleh Yang berhormat Dato' Seri Idris Bin Jusoh bertempat di Dewan Wawasan Politeknik Port Dickson pada 11 Oktober 2013 di bawah usahasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan Negeri Melaka.

Program ini telah dihadiri oleh dua orang wakil PIBG SMK Rahmat iaitu Setiausahanya, Cik Siti Hawa Binti Bahari dan Bendahari, Cik Nuramirah Binti Ahmad.

Menerusi program ini, telah diterangkan tentang 5 Aspirasi Sistem, 6 Aspirasi Murid dan 11 Anjakan.



BAHASA JIWA BANGSA...

BICARAWARA, JERAYAWARA

Dalam persada bahasa Melayu, terdapat perkataan wara atau bentuk ejaan wara di bahagian akhir sesuatu suku perkataan.  Mungkin ada dalam kalangan kita yang pernah menemukan perkataan seperti bicarawara, candawara, jerayawara dan seumpamanya.  Tahukan anda apakah maksud perkataan-perkataan tersebut?

1. Wara
Perkataan wara (wara-wara) berasal daripada bahasa Jawa yang bermaksud pemberitahuan, pengumuman dan pengisytiharan.  Pewara ialah pembawa acara dalam sesuatu majlis, atau lebih tepat kita katakan pengacara atau juruacara.

2.  Bicarawara
Perkataan ini merupakan terjemahan daripada perkataan bahasa Inggeris talkshow.  Bicarawara bermakna suatu rancangan yang mengandungi temu bual antara pewara dengan tetamu undangan berkaitan dengan sesuatu tajuk tertentu.  Dengan maksud yang lain, bicarawara ialah rancangan temu bual.  Perbuatan temu bual itu disebut wawancara.
3.  Candawara
Dalam bahasa Inggeris, candawara ialah gameshow.  Kita sering menonton satu rancangan berbentuk permainan, atau berbentuk pertandingan.  Para peserta yang mengambil bahagian dikehendaki menjawab soalan ataupun membuat sesuatu untuk menang.

4.  Jerayawara
Jerayawara bermaksud sesuatu ceramah, pameran, pertunjukan, persembahan yang diadakan dari satu tempat ke satu tempat lain, dengan tujuan memberikan penjelasan, memberikan hiburan, mempromosikan barangan dan sebagainya kepada khalayak.  Ceramah politik merupakan satu bentuk jerayawara.  Kebanyakan orang menggunakan kata roadshow, kerana itulah makna jerayawara dalam bahasa Inggeris.

5.  Purbawara 
Drama sebabak yang mengisahkan cerita kuno, yakni kisah raja-raja zaman dahulu, seperti kisah Dandan Setia, Raja Laksmana Bentan dan lain-lain.  Kebiasaannya, persembahan lakonan ini disertai nyanyian dan tarian.  Bentuk lakonan seperti ini dinamai juga bangsawan.

6.  Sandiwara
Sandiwara berkaitan dengan lakonan juga.  Kata lain yang sinonim dengannya ialah drama, teater dan tonil, yang dahulunya dilakonkan di atas pentas.  Selain makna ini, sandiwara juga bermaksud sesuatu kejadian yang tidak bersungguh-sungguh dengan tujuan mengabui mata sahaja.  Maksud ini terkandung dalam ayat : 
Di depan ibunya dia pandai bersandiwara seolah-olah pergi belajar, pada hal sebenarnya dia pergi menonton filem.

Demikian perihal makna beberapa perkataan yang mempunyai bentuk wara.  Semoga kita semua jelas akan maksud perkataan-perkataan tersebut.

Sumber : Cintai Bahasa Kita, Dewan Siswa Nov. 2009

.../kpBM



Monday, August 26, 2013

PROGRAM PERTUKARAN BUDAYA

TAHNIAH diucapkan kepada adik Norsyuhani Izati Binti Chairuddin kerana terpilih menyertai
PROGRAM PERTUKARAN BUDAYA PASUKAN BADAN BERUNIFORM
BERSAMA PRAMUKA INDONESIA 2013.

Adik Norsyuhani Izati merupakan seorang ahli Kadet Polis SMK Rahmat yang aktif dan menjadi kebanggaan pihak sekolah dengan terpilihnya beliau diantara ribuan pelajar di Negeri Melaka.

Beliau akan menjadi latihan pusat seperti ketetapan berikut:
               Tarikh    : 7 - 9 September 2013
               Tempat  : Concorde Inn  KLIA, Sepang, Selangor

Beliau akan berlepas ke Banda Acheh pada 9 September dan berada di sana sehingga 13 September 2013.

Bagi menampung kos tambahan bagi pengurusan dan perbelanjaan beliau, sumbangan daripada warga SMK Rahmat dan masyarakat setempat / pihak luar amatlah dialu-alukan.


;) kami, para guru pun belum pernah menginap di Concorde Inn. 5 star hotel tu...Semoga pengalaman yang bakal diperolehi oleh adik Norsyuhani Izati dapat dikongsikan bersama rakan-rakan di SMK Rahmat.

* Jauh perjalanan, luas pemandangan...bertambah pengetahuan. Hmm....jelesnyeee...hehhee...

       Gambar:  Puan Mazlina Mohamad (Penolong Kanan Ko-Kurikulum) bersama adik Norsyuhani Izati

Friday, July 19, 2013

ALUMNI SMK Rahmat

 Assalamualaikum wbth... Makluman kepada bekas pelajar SMK Rahmat, Alumni sedang diusahakan. Oleh yang demikian, borang keahlian disertakan dan sila kembalikan atau kirimkan kepada anak, adik, rakan atau saudara mara untuk disampaikan kepada Cikgu Siti Hawa Bahari atau Cikgu Saberi Minhat. Mohon disebarkan kepada rakan-rakan anda.

https://docs.google.com/file/d/0B6ot1OX_d76tTkhhZlZDcTY2OHc/edit

Tuesday, July 9, 2013

Selamat Datang Ramadhan al-Mubarak...

Ramadhan tiba lagi...moga tahun ini lebih banyak keberkatan yang kita perolehi bersama kesemua ahli keluarga. Harapan kepada anak-anak Rahmat, teruskan usaha. Lapar dan dahaga dugaan Khaliq untuk kita menguji keimanan yang kita miliki dan menambah kualiti diri sebagai seorang Muslim. Jangan dijadikan alasan untuk mengurangkan aktiviti menimba ilmu. Belajar diawal pagi seperti selepas sahur adalah antara waktu terbaik untuk belajar. Ibu dan ayah...teruslah memberi sokongan dan dorongan. Satu makluman daripada Ustaz Abdul Ghani, sesiapa yang ingin membayar fidyah, boleh berbuat demikian kepada beliau atau Ustazah Zanon dengan bayaran fidyahnya RM1.70 sehari. Sehingga bertemu lagi...tingkatkan amal. Selamat menunaikan ibadah puasa, berbuka, bersahur, berterawih.

Monday, July 1, 2013

Pentadbir SMK Rahmat

Dari Kanan : En. Halim Hashim (GPK Pendidikan Khas), En. Azmi Kasim (GPK Pentadbiran), En. Abu Bakar Awang (Pengetua), En. Yahaya Hassan (GPK Hal Ehwal Murid)dan Pn. Mazlina Mohamed (GPK Ko-Kurikulum)

Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Rahmat 2013

Yang DiPertua          :    YB Datuk Ar. Hj. Ismail Bin Hj. Othman
Naib Yang DiPertua  :    En. Atan Bin Mohamed
Setiausaha                :     Cik Siti Hawa Binti Hj. Bahari
Pen. Setiausaha        :     Cik Nurul Asnidah Binti Lajis
Bendahari                 :     Cik Nuramirah Binti Ahmad
AJK Ibu Bapa          :     Hj. Akmal Bin Abdullah
                                      En. Mohd. Ramli Bin Jantan
                                      En. Ismail Bin Jantan
                                      Pn. Melati Binti Baharom
                                      Datin Zunaidah Binti Md. Jani
                                      Pn. Er Lay Mui
                                      Pn. Sharifah Binti Palit
AJK Guru                 :     Pn. Hasnida Binti Othman
                                      En. Mohd Saberi Bin Minhat
                                      En. Abd. Rahman Bin Mat Yusof
                                      Ust. Abd. Ghani Bin Saibot
                                      Hj. Hassan Bin Mat Shah
                                      Pn. P.M. Asotha a/p S.P. Murugapan
                                      Pn. Tong Siew Yong
                                      Pn. Fatibah Binti Majid

* Tahniah diucapkan atas pelantikan tuan-tuan dan puan-puan

Wednesday, June 26, 2013

Mukaddimah 2013...




Assalamualaikum wbth....

Apa khabar ibu, ayah & guru SMK Rahmat? Alhamdulillah, cuaca berjerebu kini makin pulih. Sedar tak sedar, kita telah menjejak bulan ke 7 tahun 2013 ini. Adakah anak-anak kita masih kekal bersemangat untuk menimba ilmu dan mencipta kejayaan?